Dari
Kesidang Homestay Di Bandar Melaka jaraknya kira-kira 5.5 km kalau ikut Jalan Tun Mutahir atau lebih kurang 8 km kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz. Dari
Homestay dPuncak, Bukit Katil jaraknya lebih kurang 10 km atau 18 minit pemanduan dalam keadaan traffik biasa sekiranya melalui Lebuh Ayer Keroh atau 10.5 km kalau ikut Jalan Bukit Katil.
Portugis menjajah Melaka dari tahun 1511-1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu yang menghadap ke sungai,yang dipanggil A'Famosa. Oleh kerana Melaka adalah pusat perjuangan antara kuasa-kuasa besar pada masa itu, serta mengalami ancaman serangan berterusan, kubu A'Famosa adalah kritikal dalam mengekalkan jajahan Portugal di Timur Jauh.
Dalam tembok kubu dibina perumahan dan kedai-kedai makanan, istana, bilik mesyuarat bagi Portuguese Council dan lima gereja. Serangan tujuh bulan oleh Belanda hampir memusnahkan keseluruhan kubu, meninggalkan hanya facade masuk dan struktur gereja di atas bukit.
Kami sarankan supaya anda datanglah ke sini dan bawa ahli keluarga anda bersama sambil berjalan-jalan di Bukit St Paul pada lewat petang yang sejuk dan bersiar-siar di sekeliling pokok-pokok dan sisa-sisa sejarah. Di sini, anda hampir boleh bayangkan kegemilangan dan kesengsaraan kehidupan Portugis di masa lampau...