Yong Tau Foo Enak di Melaka

Tercari-cari tempat sesuai untuk merehatkan fikiran sambil menikmati hidangan sihat yong tau foo yang sedap lagi menyelerakan di Melaka?

Bertempat di Taman Bertam Perdana, Melaka, Restoren Gelombang Biru  menyediakan ruang dan suasana tenang lagi selesa untuk pengunjung bersama rakan-rakan dan keluarga menikmati hidangan tersebut yang dijamin berbaloi.


Tidak perlu lagi pening memikirkan destinasi yang sesuai, Restoren Gelombang Biru  bukan saja menyediakan suasana selesa, malah menyajikan hidangan enak dan menyelerakan terutama untuk peminat Yong Tau Foo





Restoran Gelombang Biru Yong Tau Foo

Jalan BP 10,Taman Bertam Perdana (Pulau Gadong), 
75200 Pulau Gadong, Melaka.
Tel: 0173416070

Harga untuk setiap hidangan bergantung pada banyak mana bahan yang anda pilih. nanti jangan pula kata terlalu mahal sebab bahannye korang yang pilih ye... sebenarnya harga berpatutan.

Restoren ni buka setiap hari kecuali hari isnin. Kalau cuti umum insyallah akan di buka juga. Restoren di buka pada pukul 5.30petang hingga 12.00 malam.

Kalau hari minggu memang ramai orang jadi anda kena banyak bersabar kerana ada kemungkinan makanan yang anda pesan akan lewat sampai.


Previous
Next Post »