Soalan Yang Kerap Di Tanya

Mahsul Sejahtera
0
Soalan 1.

Homestay ada berapa bilik tidur?

Homestay dPuncak mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air. Bilik tidur utama dilengkapkana dengan katil Queen Size dan mempunyai aircond. Bilik 2 dan bilik 3 juga dilengkapkan dengan katil katil bujang. Bilik 2 ada aircond dan bilik 3 ada kipas angin. Bilik tidur utama juga mempunyai attached bathroom. Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon juga mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air tetapi Homestay Kesidang Moon dan Kesidang Lia mempunyai 2 ruang tamu. Dapur dan juga ruang makan juga besar

Soalan 2.

Berapa ramai orang boleh menginap di homestay?

Kami tidak menghadkan jumlah tetamu, kalau ramai kami juga ada tilam dan bantal tambahan. Walau bagaimanapun kalau lebih dari 7 orang kami tak dapat jamin keselesaan sebab homestay hanya mempunyai 3 bilik sahaja. Walau bagaimanapun di Homestay Kesidang Lia dan juga Moon kami biasa menerima kunjungan lebih dari 3 keluarga dan mereka tidak pernah komplen tidak selesa.

Soalan 3.

Berapa banyak kereta boleh parking?

Di Kesidang Moon hanya 1 kereta parking di dalam dan lain-lain kereta parking di luar. Boleh parking banyak kereta sebab depan homestay adalah permainan kanak-kanak dan dewan orang ramai. Tidak menggangu lalulintas kalau parking depan padang atau dewan.

Di Kesidang Lia anda boleh parking 4 buah kereta iaitu 2 di dalam dan 2 di luar sementara di dPuncak Homestay boleh parking 2 di dalam dan 1 di luar.

Soalan 4.

Kalau kami nak masak, boleh tak?

Boleh. Kami memang sediakan peralatan memasak dan juga pingan mangkuk untuk makan. Tong gas dan dapur gas dua tungku juga disediakan.

Soalan 5.

Berapa sewa semalam?

Kadar sewa kami amat berpatutan. Kadar sewa sehari semalam di Kesidang Lia dan Kesidang Moon ialah RM180. Untuk homestay dPuncak pula kadar sewanya ialah RM150.00. Kami juga akan berikan baucer diskaun tiket menaiki River Cruise sebanyak 20% untuk setiap orang.

Soalan 6.

Kami mungkin sampai lewat sikit. Tak boleh kurang ke?

Kadar sewa memang telah ditetapkan. Waktu masuk adalah jam 2.00 petang dan keluar jam 12.00 tengahari.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top