Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Mahsul Sejahtera
0

Melaka Wonderland Theme Park & Resort merupaka salah satu tarikan terkini untuk pelancong samada dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke Melaka. Ia juga menawarkan pengalaman taman air kepada semua orang, keluarga, anak-anak, remaja dan mereka yang gemarkan thrill. Dari high-speed water slides ke tranquil greenery, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menjanjikan keseronokan kepada semua pengunjungnya.
Melaka Wonderland

Antara tarikan di Melaka Wonderland

Homestay di Ayer Keroh

Homestay di Ayer Keroh

Homestay di Ayer Keroh

16 tarikan utama di Taman tema yang unik ini ialah Tornado Chaser (1st Malaysia), Lazy cum Crazy river, 1 Big Wave pool, Adventure Island dan dikelilingi hutan rekreasi semulajadi seluas 360 hektar.

Homestay di Ayer Keroh

Tarikan baru iaitu di Taman Dinosaur mempunyai keunikannya sendiri di mana maklumat dan bunyi atau audio daripada spesis boleh didapati untuk menambah  pengetahuan semasa dan imaginasi anda. Spesies yang menarik dan popular ialah Tyrannosaurus, Triceratops & Omeisaurus yang telah pupus 65 juta tahun lalu. Berat badan dinosaur ini boleh mencecah 1 tan dan membesar sehingga 40 kaki panjang. Replika dinosaur dibuat hampir sama dengan dinosaur yang asal dengan 4.1 meter tinggi, 10.0 meter panjang dan 1,500.00 kilogram. Ia pasti memberikan anda satu faktor WOW!!


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top