Taman Mini Malaysia Dan Taman Mini Asean

Mahsul Sejahtera
0
Taman Mini Malaysia, boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia dimana setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Walaupun semua rumah ini nampak seakan-akan sama, tetapi sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.

Kraftangan turut menjadi bahan yang membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan.  Pakaian tradisional turut juga dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan pengunjung. Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top