Muzium Kapal Selam Melaka

Mahsul Sejahtera
1
Muzium Kapal Selam terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang. Pembukaan Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 November lalu sudah cukup membuatkan rakyat negara ini terutama rakyat Melaka berbangga.

Homestay Di Bandar Melaka

Kapal selam ini menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November 2011.

Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka

Disebabkan proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja mendaratkan memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan teliti.

Muzium Kapal Selam pertama itu dibuka semula kepada orang ramai pada Ahad lepas dengan bayaran RM1 bagi dewasa manakala 50 sen bagi kanak-kanak selepas ditutup sementara bulan lalu bagi proses penyelenggaraan.

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. owh, dah ada kat melaka ea..bertambahla koleksi kapal..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment
To Top