Kesidang Moon Homestay di Bandar Melaka

Mahsul Sejahtera
0
Kesidang Moon Homestay 



Kami menyediakan penginapan Homestay di Bandar Melaka yang selesa, bersih dan dekat dengan bandar. Homestay kami mempunyai 4 bilik tidur, 2 ruang tamu, 2 aircond dan 3 bilik mandi serta satu ruang bacaan memang cukup selesa dan amat sesuai terutama untuk tetamu yang ramai.

Kereta Sewa Melaka
Kereta Sewa Melaka
Sewa Kereta Melaka




Lokasinya yang dekat dengan bandar Melaka dan tidak jauh dari Banda Hilir dan Pantai Klebang menjadikan Homestay Kesidang amat sesuai untuk dijadikan penginapan bila datang bercuti di Melaka.

Alamat: 164B, Jalan Kesidang 2/9, Taman Kesidang, Kampong Lapan, 75200 Melaka.

Kadar Sewa: RM220.00 semalam

Untuk Menempah: Tel: 019-6507363 (Muhalith), 017-6737363 (Jamaliah)

Facebook Page: http://facebook.com/kesidanghomestay

Check in: 2.00 ptg dan check-out: 12.00 tgh



Panduan Ke Homestay

Kalau dari tol Simpang Empat, Alor Gajah, kita boleh terus sahaja ikut lebuhraya AMJ.

🚗  Dari tol Simpang Ampat anda terus jalan lebih kurang 28.5 km dan akan jumpa papan tanda belok Kanan ke Tengkera, Limbongan, Klebang.

🚗   Belok kanan dan di traffic light pertama belok kiri ke Flat Aneka. Terus jalan hingga jumpa papan tanda kompleks Darul Huda.

🚗   Anda boleh terus ikut papan tanda tersebut hingga jumpa jalan Kesidang 2/17A.

🚗   Terus jalan hingga jumpa padang permainan kanak-kanak dan dewan orang ramai. Kesidang Moon Homestay terletak berhadapan dewan orang ramai.


panduan ke homestay kesidang lia

Kemudahan Bilik Penginapan.

Bilik utama dilengkapkan dengan aircon, kipas, almari dan ada bilik air. Biliknya pun luas dan selesa serta dilengkapkan dengan katil saiz queen.


Bilik no. 2 pula juga ada aircond dan kipas. Bilik ini juga luas dan selesa dan di bilik ini diletakkan 3 katil bujang. Kalau tak kisah boleh letak pulak toto jadi boleh tidur ramai-ramai dalam bilik ini.


Di bilik no 3 aircond, kipas dinding dan kipas siling sahaja. Bilik ini juga hanya dilengkapkan dengan 2 katil bujang dua tingkat tapi boleh bentang toto kalau nak tidur ramai-ramai di sini, masih selesa.


Di bilik no 4 tak ada aircond, cuma kipas siling sahaja. Bilik ini juga hanya dilengkapkan dengan 1 katil queen size dan 1 katil bujang tapi boleh bentang toto kalau nak tidur ramai-ramai di sini, masih selesa.


Lain-lain kemudahan.

➽   Homestay ini telah diubah suai dimana terdapat tambahan satu ruang keluarga di tengah dan dapur yang cukup luas dan selesa.

➽   Ruang tamu hanya diletakkan kerusi settee 2+3 dan 2 sahaja.

➽   Ruang keluarga di tengah disediakan tikar buluh










Kemudahan

🍘   Kemudahan memasak juga disediakan kalau anda nak memasak. Pinggan, mangkuk, periuk serta kuali dan cerek semua ada. Bahan untuk dimasak kena bawak sendiri, yang ini tuan homestay tak sediakan. Walau bagaimanapun, tuan homestay ada sediakan kopi dan teh serta gula kalau anda nak minum.

🍘    Peti sejuk dua pintu

🍘    Mesin basuh jenis separuh automatik turut disediakan kalau anda nak basuh pakaian.


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top